Sunday, 22 January 2012

hutang

alkisahnya, ada beberapa orang yang berhutang sejak berapa bulan, juga dah menginjak bertahun. tapi kelihatannya tiada niat untuk membayar kembali. sedihnya saya :(

sekiranya dia berhutang kerana sesuatu yang benar2 penting, mungkin saya akan halalkan saja seperti nak menguruskan jenazah.. atau untuk keperluan sekolah anak2..  tapi ini, untuk keperluan sendiri (shopping etc) di mana waktu itu duit tak mencukupi.

memang salah saya memberi pinjaman. tapi nak menolak, saya tidak tahu perkataan apa yang sesuai. dan sekarang, untuk menuntut kembali wang sendiri, saya pula yang malu. dan kebetulan waktu ini, saya sedikit terdesak menyebabkan saya teringat hutang2 yang belum dibayar.

sekiranya waktu ini, dia hidup melarat, mungkin saya tidak berapa kisah. tetapi kalau dia boleh saja bersiar2 ke sana sini, atau bekerja dengan nama yang agak besar.. dan mencanangkan pada semua orang?


Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)

No comments:

Post a Comment