baru-baru ni, dah selesai penilaian tahunan untuk semua pekerja. dan perkara biasa, ada yang dapat kenaikan gaji. ramai juga yang kekal. cuma, bonus untuk tahun lepas, akan dibayar serentak.
dan selalunya, sewaktu assessment, pekerja tersebut akan diberitahu kenaikan @ bonus yang akan diterima. dan sudah diingatkan, to keep it as secret. tapi, ada ke yang betul-betul amanah dalam bab ni?
tak sampai seminggu, rupanya sudah ada yang membuka meja bulat, berbincang mengenai kenaikan gaji dan bayaran bonus, sedangkan bayaran masih belum diterima. agaknya masing-masing ingin membanding-bandingkan sesama mereka.
tak terasa apa-apa ke sekiranya orang yang ditanya tu, mendapat bonus yang sedikit, atau tidak mendapat sebarang kenaikan gaji? atau.. diri sendiri tak tercabar ke sekiranya orang yang ditanya mendapat lebih banyak dari diri sendiri?
ntahlah. sebab, sejak dari saya mula berkerja, tak pernah saya berkongsi gaji ataupun bertanya sesiapa mengenai gaji yang mereka terima. itulah manusia.. rambut sama hitam, hati lain-lain. walaupun rambut sekarang tak ramai dah yang berwarna hitam he he.
No comments:
Post a Comment