jam 8 kami dah siap2 nak bertolak ke agra. delhi pun dah sejuk. dan kalau ikutkan pembacaan, agra lagi lah sejuk.
dari delhi ke agra, ambil masa 4 jam lebih. memang akan guna highway. tapi, highway di india tak banyak beza dari jalan biasa. malah, jalan biasa lagi ok dari highway. tapi jangan sangka jalannya teruk pula. bertar. bukan tanah merah. dan tahap jem di highway adakala lebih teruk berbanding dengan jalan biasa. 500m sebelum ke kaunter tol, ada bumper. jadi masing2 akan perlahankan kenderaan. tak macam kat tempat kita, bila kosong je lagi nak tekan minyak.
di india, sama macam di thailand @ indonesia. meriah dengan bunyi hon. bukan hon sebab marah. sebagai tanda kita nak lalu @ mencelah. dan dari 3 lane, tak mustahil akan jadi 4-5 lane. dan ada sekali lalu di satu kawasan yang dilarang hon, memang automatik, tak akan kedengaran bunyi hon. bagus juga kan?
sepanjang perjalanan yang panjang tu, driver kami pasang cd hindi. nasib baik lah hindi kan. kalau guna bahasa tamil macam yang selalu kita dengar, mau tambah bosan kot. lagi best sebab lagu2 tu yang famous, yang selalu dengar dalam cerita-cerita hindustan.
sampai di agra, singgah makan dulu di indiana sebelum check in kat hotel. kami duduk je, waiter tu bawa benda ni. mcm ulam dengan sambal belacan ahaha. ada sengkuang, timun, bawang.
untuk lunch, saya cuma order chicken fried rice. memang lah kena gelak. sebab, macamlah kat malaysia tak ada nasi goreng ayam tu haha. tapi tak kira lah. sebabnya, saya takut perut tak tahan. banyak yang saya baca, kena berhati-hati bab makanan. sebab, kalau tak tahan atau makan sebarangan, nanti akan mudah terkena cirit birit. dia serve dalam mangkuk ni. nampak je kecik bekas ni. tapi boleh makan 2-3 orang, ok.
hotel kat agra.. hotel panna. Rs2500 semalam. dalam rm150 camtu.
ok, bila nak booking hotel, check sekali sama ada diorg sediakan breakfast atau tak. sebab nanti kadang kena tipu. macam kami lah. masa nak register dia kata ada breakfast. tapi esoknya, tak ada. tapi tak kisah sangat sebab kami ada bawa biskut, megi dan segala macam. dia tak provide kettle. cuma air panas. kena call room service. tapi kena check juga. sebab kadang-kadang, dalam tu kotor. have to chech everything. lagi2, dengar kat india kalau tak menipu, memang bukan india. tapi kat mana-mana ada kot. just beware.
lepas rest solat semua, bergerak ke taj mahal. dalam jam 2+ petang. waktu ni, driver kami bawa pulak sorg tour guide, viktu. 1 km sebelum sampai ke pintu check tiket, kami kena turun. kenderaan bermotor tak dibenarkan mendekati kawasan taj mahal. jadinya kena jalan kaki atau naik beca. kami naik ala2 macam van tapi gunakan generator (?) kalau tak salah. jalan kaki pun best rasanya. sebab sambil nikmati permandangan kiri kanan, jalan beramai2 tak akan terasa. tapi disebabkan ada ibu2 mengandung, naik la van tu. bayar Rs100 seorang.
ni pintu masuk utama. tempat untuk check tiket, check beg dan juga pemeriksaan badan.
viktu belikan tiket. Rs750 termasuk tax. [tiket tu dia pegang dan agaknya terlupa nak berikan pada kami :( ] kalau beli tiket ke taj mahal, simpan sebab, cukai yang kita dah bayar utk masuk ke taj mahal, boleh guna untuk masuk ke fort yang lain [agra fort to be exact]. bila kita beli tiket, akan dapat air mineral secara percuma, juga sarung kasut. betul-betul dia jaga kebersihan kawasan taj mahal.
mungkin sebab kami sampai petang. jadi tak berapa ramai sangat orang beratur. beg akan diperiksa. no cigaret, no lighter, lipstick, food, etc. juga pemeriksaan badan juga. lelaki dan wanita diasingkan ye untuk barisan checking.
taj mahal ni ada 3 pintu untuk masuk (lepas dari kawasan checking). ni salah satu pintu. ada kubah putih kat atas tu, 1 kubang melambangkan 1 tahun. ada 22 kubah (11 kat depan & 11 lagi kat belakang). ada ayat quran kat dinding tu. sebenarnya saiz ayat tu, tak sama besar. bahagian atas lebih besar dari bawah, biar bila orang tengok, seolah sama besar bahagian atas dan bawah.
sepanjang-panjang jalan nak ke taj mahal tu, ramai je orang yang offer untuk ambik gambar kita. ada yang dia minta Rs2000 utk 21 keping etc. kalau boleh, tawar sehabis boleh. maybe sampai Rs1400 ke.
ikutkan cerita.. shah jahan dah ada 2 isteri sebelum berkahwin dgn mumtaz. mumtaz ni isteri ketiga. dgn isteri2 terdahulu, mmg tak ada anak. tapi dgn mumtaz, ada 40 org anak. mumtaz ni puteri raja dari parsi, yg cantik. dan shah jahan mmg terlalu sayangkan mumtaz, sampaikan tak ada isteri selepas mumtaz. dan semua2nya untuk mumtaz.
taj mahal.. here we come
sebenarnya dalam bangunan taj mahal tu, kecik je. tak semua kawasan kat dalam bangunan tu boleh masuk. tapi dgn senibinanya. semuanya marmar. bukannya dicat. belum lagi landskap kat luar. 4 menara taj mahal tu sbnrnya kalau dilihat betul2, sedikit condong menghala ke luar. kenapa? sebab, kalau terjadinya bencana alam, menara tu takkan jatuh mengenai bangunan taj mahal. betapalah telitinya orang2 zaman dulu kan.
itu ini, dah petang. tak sempat nak pergi ke agra fort. viktu jugak tak galakkan kitaorg pergi ke agra fort sebab katanya tak ada apa. waktu keluar dari taj mahal nak ke kenderaan, kiri kanan tu bangunan2 kedai cenderamata. tapi viktu dah pesan, jangan beli apa2. sebab katanya kat situ tak asli. dahtu kalau beli kat sorang, penjual lain akan datang mengerumuni. geram juga saya sebabnya, its normal la kan? kat indo, bangkok pun mcm tu jugak.
akhirnya dia bawa kitaorg ke kedai kerajaan. mula2 bawa ke kedai ala2 sulaman tu. harga memang mahal la. setimpal dengan jahitan @ sulaman yang cantik. masing2 dah tarik muka jugak. cakap kitaorg nak cari kedai cenderamata. tak nak dah pergi kedai mcm tu. akhirnya dia bawa ke 1 kedai. mana boleh buat pilihan sangat kan? kat sini saya beli 1 replika taj mahal yang paling kecil. ada yang berwarna. tapi saya ambil yg putih. kat tengah2 tu, bahagian bawah ada lubang. gunanya utk masukkan lampu @ mentol kecil.akan cantik la bila lampu menyala. saya jugak beli poskad siap dengan setem. konon nak hantar tapi tak terhantar2.
dah malam, kedai dah tutup. terus ke hotel. simpan tenaga untuk perjalanan esok.
No comments:
Post a Comment